After Diploma

Image result for graduation tumblr

Yes. Aku rasa graduation ialah impian semua orang. Yela sape xnak merasa pakai jubah besar tu ngan kawan2 huhu. Same goes to me. Aku tak sabar nak bagi umi abah aku merasa tengok anak sulung dia naik pentas. *imaginedahhabisdiploma hahaha. Maklumlah anak sulung kan. So, post ni aku just nak share planning aku after diploma. Yes aku tahu diploma ni ramai org cakap better ambik matrik or asasi lepastu sambung degree. Tapi aku tak nak ambik risiko. Takut nanti tetiba otak aku dah padat jadi gila la lepas tu. So, aku mulakan hidup aku lepas spm dengan diploma. Diploma pun sape kata tak busy. Aku ni busy je memanjang. Sampai rehat pun xcukup. Lagi2 aku pelajar kolej. Bukan universiti. Lagi la. Tambah2 aku ada short sem nanti. Aku tak tahu la hidup aku nanti macam mana waktu short sem tu. *mengeluh. Tapi takpe. Demi umiabah dan belajar kerana Allah. (salah satu faktor aku kuat untuk study.) So, aku ada dua pilihan after diploma.

i) Cari kerja sambilan sementara tunggu tawaran untuk sambung degree. Dapat duit sikit pun jadilah at least ada pegalaman bekerja. Tapi kalau aku dapat kerja tetap, aku akan continue kerja tu. (kalau la. lagi2 sekarang susah nak dapat kerja sekarang ni.) ada masa baru aku sambung degree. Ataupun, sambung degree terus. After degree, aku nak ambik ACCA. "Aku tahu nanti mesti org cakap aku ni lembap sebab kenapa tak ambik course CAT-ACCA. Tu kan jalan pintas." Yes aku tahu tu. Dulu aku pernah nak ambik course tu tapi bila fikir balik aku taknak tanggung risiko. Satu paper tu kalau failed nak bayar tu tak tahu la nak cakap apa. Dah la mahal. Even aku tahu abah aku ada simpan duit untuk aku sambung belajar tapi aku fikir cukup tak duit tu untuk adik2 aku nanti. Lagi2 kalau aku failed byk kali mak aih nak bayar berapa. Aku taknak nanti turn diorg, waktu tu ekonomi dah xtahu nak cakap apa, semua pakai duit, peluang belajar pun  tak tahu la macam mana. (fikir panjang.) So, tu planning pertama.

ii) Planning kedua, aku terus ambik ACCA tapi paper lagi banyak la kalau tak ambik degree. Tapi insyaallah waktu ni aku dah boleh bawak dah. Aku pun rasa sekarang otak aku dah matang dah sikit (cewahh) hahaha. At least ada join badan profesional tu pun aku rasa dah lega untuk cari kerja(berharap ada rezeki lah. Insyaallah).
So, aku berharap aku dapat pilih mana yang terbaik dari dua planning ni. Fighting 

p/s : Thankyou kepada sape yang baca dan bagi pendapat. Apa2 pun doa yang baik2 ye untuk saya. Terima kasih :)


3 comments:

  1. kakak saya diploma, degree, acca. adik sekarang baru buat cat-acca. akak dan adik belajar struggle gila untuk acca/cat-acca ni. better sebenarnya amik dulu degree. apa yg akak saya bagi tahu. at least xlepas acca, kita ada degree.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh, kan. sy pun fikir macam tu. Apa2 pun thankyou for the comment :)

      Delete
  2. Wahh dh plan awal-awal. Takpe kalau lmbat pun, yg penting jngn putus asa. Dont give up!🌸

    ReplyDelete

Pocket full of sunshine :)