Review Drama : Criminal Minds

Criminal Minds (Korean Drama)-p1.jpg

Memandangkan aku tak tahu nak tulis post pasal apa, so aku nak review drama ni sikit sebanyak. Drama ni sumpah best teruk. Untuk yang suka tengok filem yang misteri + aksi, aku recommend drama ni. Total episode : 20. Pelakon dia pun cunn.

Sinopsis : Diorang berenam ni satu team. Banyak kes yang diorang selesaikan (Penculikan, bunuh, psiko, dendam etc). Kebanyakkan kes yang diorang selesaikan, suspek mesti ada masalah yang mendorong diorang lakukan jenayah. Contoh : kena dera waktu kecik, nak orang rasa apa diorang rasa. Boleh dikatakan dendam la. Team ni dinamakan Team Manager Kang. Team ni akan profilkan dulu suspek lepastu diorang akan cari persamaan yang ada kemungkinan kenapa suspek buat jenayah tersebut. Bayangkanlah, kes yang berpuluh tahun pun diorang boleh selesaikan walaupun kes dah tutup. Hebat tak hebat sebab ceritakan. Aku macam teruja la sikit sebanyak dengan drama ni haha.

Characteristics ahli team ni : 
1. Kang Ki-hyung (Soo Hyun-Joo) : Ketua team ni. Dia punya otak memang gempak gila sebab semua yang dia ramal 90% tepat. Dia sgt caring pasal team dia. 

2. Ha Sun-Woo (Moon Chae-Won) : Watak sun woo sangat misteri. Dia macam takde perasaan tapi dia baik sebenarnya. Selalu bersama dengan Hyun joon.

3. Kim Hyun Joon (Lee Joon-Gi) : Hyun joon pun ada otak gempak jugak. Dia dengan Ki hyung takde beza. Dua2 gempak hahaha. Watak utama dalam drama ni kot. Sebab dia macam selalu ada dalam scene2 gempak. 

4. Yoo Min-Young (Lee Sun-Bin) : Min young seorang yang lawa. Yes lawa sangat2. hehe. Min young pun hebat jugak. Watak dia nampak macam lembut je tapi sebenarnya agak kasar.

5. Lee Han (Go Yoon) : Watak lee han, dia sangat genius. Level otak dia tu memang hebat la. Tak tahu nak cakap mcm mana tapi dia paling genius la. Dia mampu ingat semua kandungan2 dalam buku, maksud simbol2, etc. 

6. Na na Hwang (Yoo-Sun) : Nana sangat pandai bab komputer, hack, cari profil apa semua tu kerja dia. Watak dia banyak habiskan masa dekat depan komputer haha. So, dia paling penting la untuk selesaikan semua kes ni. 

So, kalau nak tengok kes2 yang diorang selesaikan, tengoklah sendiri drama ni. Untuk isi masa lapang.. Okaylah. Tu jelah nak share keterujaan aku. hehe. Thankyou :*

Tips di Uni/kolej

Image result for money quotes

Okay. First sekali, aku harap post ni dapat membantu sesiapa nak berjimat and survive dekat tempat belajar memasing terutama adik2 yang baru nak melangkah masuk universiti. Ingat tau. Awak belajar jauh2 tak semestinya awak akan jumpa balik kawan2 yang awak berhutang. Hutang ni masalah paling besar dalam hidup. Pandai berhutang pandai la bayar. Walaupun 10 sen. Rasanya semua orang tahu kot apa akibat dia kalau tak bayar hutang. Biasanya orang ni, dia serba salah nak mintak hutang tu. Yelah nanti orang cakap tak sabar la kutuk tu la kutuk ni. Macam2. Mungkin cara hidup aku berbeza dengan orang lain. Tapi post ni aku just nak share pengalaman cara hidup aku kat kolej. Mungkin boleh dijadikan contoh untuk orang lain :)

So, aku dapat elaun RM300 sebulan. Cukup ke tak dalam masa sebulan? Macam mana nak jimat? Rasanya semua orang terfikir termasuk aku sendiri. Yes. First2 tu aku rasa macam tak cukup. So langkah pertama aku, ubah fikiran tu kepada cukup dan aku berjaya untuk survive hidup aku dengan RM300 tu sebulan. Macam mana? So, here we go :

1. Makanan. Bab makanan memang susah sikit kita nak control. Memang sangat2 susah. Kalau ikutkan RM300/30 hari so kita akan dapat bahagikan RM10 sehari. Bagi aku, cukuplah RM10 tu untuk makan sehari. Pagi : Biasanya aku akan makan biskut atau roti. Belilah biskut yang dalam tin besar tu. Yang jacob tu ke? Boleh tahan lama. Banyak sangat pilihan biskut. Pilih je mana2. Tengahari : Belilah makanan yang boleh kenyang untuk jangka masa yang lama. Janganlah beli makanan yang kenyang sementara cth : makanan yang bergoreng ( Hotdog,nuget etc). Beli nasi dan lauk yang secukupnya dan seimbang. Minum, kita minum air masak dari coway je. Lagi sihat kan? Biasanya aku beli makanan tengahari takkan lebih dari RM 5. So petang tu biasanya aku tak makan sebab dah makan tengahari kan. Tu kena beli makanan yang mengenyangkan. Jadi malam tu boleh la makan dengan duit yang lebih tu. Biasanya aku jarang turun makan malam sebab malas nak turun naik tangga. Hehehe. So aku makan je apa yang ada dalam loker.

2. Outing. Masalah ni pun besar. Yelah sape tak bosan hari2 dekat kolej je. Hujung minggu mesti nak keluar cuci2 mata, jalan2, tengok wayang ke apa ke? Okay first fikir, duit cukup ke kalau kita keluar dan habiskan duit macam tu je? Lepas tu nanti hujung2 bulan mulalah pinjam duit orang. Setiap bulan nak pinjam duit orang. Sampai bila nak kumpul hutang? Aku paling tak pun, outing sekali sebulan je ataupun tak outing langsung. Yelah kita bukan anak orang berada nak asyik keluar je habiskan duit mak ayah. Aku bukan jenis macam tu. Aku outing pun sebab nak beli barang penting. Dan kalau nak tengok movie pun fikir banyak kali. Yela takut tak cukup. Paling maksimum duit aku keluar untuk outing takkan sampai seratus lebih (Untuk beli makanan, sabun, alat tulis, etc. Maklumlah rumah jauh. Naik bas plus minus 8jam). Mak ayah kita memang takkan sampai hati tak bagi duit kalau kita nak keluar. Dia akan hulur jugak sikit sebanyak. Pandai2 lah kita simpan duit tu. Jangan habiskan terus duit mak ayah bagi. Untuk kegunaan lain macam tetiba hujung minggu nak balik rumah ke. Ada program ke. Takdelah asyik nak mintak duit je kerja. So, outing la sebulan sekali.

3. Shopping online (Makeup). Yes benda ni lagi masalah. Zaman sekarang semua org nak jadi cantik, flawless, putih. Nak beli barang online tu fikir dulu benda tu penting ke nak kena beli? Tak mati pun la kalau tak pakai makeup pi kelas. Just pakai lipbalm,blusher pun dah cukup. Takyah nak over2. Ni berjam2 hadap cermin. Nak pergi kelas je pun. Nak belajar ke nak pergi kenduri. Takyah terikut trend sangat. Fikir, kalau kita mampu takpe nak beli macam2 jenis alat makeup. Tapi kalau tak mampu, lebih baik jangan. Biasanya aku perati budak2 baru nak up macam ni lah. Terpengaruh kawan2. Makeup terlebih over. Kesimpulannya, jangan beli makeup banyak2. Nanti mulalah tahan lapar hujung bulan sebab dah spend duit untuk makeup. Nanti awak dah kerja, beli lah banyak mana awak nak beli makeup tu. Okay?

So, mungkin tu je kot tips yang aku rasa paling penting. Memang susah nak simpan duit lagi2 kita student, selalu lapar, duit nak guna untuk assignment, bayar buku, baju kelab la, dan macam2. So, bagi seorang student yang taknak susahkan mak ayah, berjimatlah sebaik mungkin. Jangan semua duit digunakan untuk kepuasan diri. Pandai2lah simpan. Fikir, kalau awak beli benda yang takde faedah, cukup ke duit ni sampai hujung bulan? Kadang2 orang sanggup berlapar sebab nak cantik. Tak faham manusia yang jenis macam ni. Nanti mulalah pinjam duit member la. Padahal sama je elaun semua orang. Takdenya dia dapat lebih dan awak dapat kurang. So, pandai2 la fikir. :)

p/s : Maaf sbb aku tulis post ni dengan emosi. Biasalah perempuan akan guna sepenuhnya emosi dia hehehe. xoxo

I'm Back

Image result for photography girl

Yezzaaaaaa... Akhirnya aku ada masa untuk menulis lagi. Terlampau busy sem 3 sampai takde masa nak check in blog sendiri huhu.. Akhirnya tamat jua Sem 3 ku dengan jayanya walaupun paper akaunku satu soalan tak imbang :D Aku rasa sem3 la paling hectic sekali. Macam2 kena buat. Dengan assignment semua dtg sekali gus dan semua kena buat video. Satu kerja lagi nak kena edit bagai dan tu kerja aku :) Ada program itu ini. Yela sampai buku aktiviti aku xmuat nak tampal kupon2 hahaha.. Ni kalau xdapat asrama lagi tak tahu nak cakap apa. Harap sem depan tak busy sangat la. Lagipun sem depan short sem hmm. 

Aku dah ckup setahun dah dekat sana. Dan dalam masa setahun tu lah aku jumpa macam2 jenis manusia. Ingatkan zaman uni kolej ni takde dah perangai macam budak2. Tapi hakikatnya serius aku rasa nak masuk zaman tingkatan balik hmm. Manusia yang aku kenal dari dulu dah berubah 360 darjah. Jangan expect orang yang baik akan selamanya baik. Susah la nak jumpa. Manusia senang nak berubah. Serius tak sangka bila dia berubah tu lagi teruk.. Tak tahu nak cakap macam mana. Yang jenis kaki kikis member2 pun susah jugak. Hutang buat2 lupa la. Takde duit la. Kalau seringgit dua tiga aku tak kisah ni sampai berpuluh2 ingat abah aku kerja kutip duit tepi jalan ke apa senang2 nak bagi orang lain makan *sisemo. Elaun 300 ratus pun tak tahu kemana habis. Aku boleh je jimat guna duit 300 tu. Tak faham la. Aku pun makan banyak jugak tapi tak tahu nak cakap macam mana. Hutang tak nak bayar. Kata kaya. Pakai iphone. Makeup banyak2. Instafamous. Ig update asyik keluar je kerja mana tak habis duit. (next post i nak bagi tips jimat dekat uni/kolej) .

Yang jenis pentingkan diri ni susah jugak. Dia pandai tapi share la ilmu yang awak ada tu. Jangan sombong. Tak mati pun kalau kongsi. Ni orang tanya cakap taktahu. Tapi kalau budak pandai tanya, boleh pulak jawab. Haishh manusia2. Punya kedekut dia tu, dalam exam, dekat kertas soalan takde pun conteng2 sebab takut nanti orang lain boleh nampak jawapan awak tu. Ye tahu meniru tu salah dalam hidup. Tapi tak mati pun tolong sikit kawan2 awak yang lemah. Mungkin dengan satu jawapan yang dia ternampak tu boleh naikkan gred dari failed kepada pass? Bukan nak galakkan meniru tapi tak salah nak tolong. Satu dua apalah sangat.

Macam2 lagi jenis manusia yang aku jumpa. Ni kalau aku tulis mahu panjang boleh buat novel haha *over. Okay la tu je kot nak tulis. Sebab dah penat taip ni hehe. Zaijian :*


After Diploma

Image result for graduation tumblr

Yes. Aku rasa graduation ialah impian semua orang. Yela sape xnak merasa pakai jubah besar tu ngan kawan2 huhu. Same goes to me. Aku tak sabar nak bagi umi abah aku merasa tengok anak sulung dia naik pentas. *imaginedahhabisdiploma hahaha. Maklumlah anak sulung kan. So, post ni aku just nak share planning aku after diploma. Yes aku tahu diploma ni ramai org cakap better ambik matrik or asasi lepastu sambung degree. Tapi aku tak nak ambik risiko. Takut nanti tetiba otak aku dah padat jadi gila la lepas tu. So, aku mulakan hidup aku lepas spm dengan diploma. Diploma pun sape kata tak busy. Aku ni busy je memanjang. Sampai rehat pun xcukup. Lagi2 aku pelajar kolej. Bukan universiti. Lagi la. Tambah2 aku ada short sem nanti. Aku tak tahu la hidup aku nanti macam mana waktu short sem tu. *mengeluh. Tapi takpe. Demi umiabah dan belajar kerana Allah. (salah satu faktor aku kuat untuk study.) So, aku ada dua pilihan after diploma.

i) Cari kerja sambilan sementara tunggu tawaran untuk sambung degree. Dapat duit sikit pun jadilah at least ada pegalaman bekerja. Tapi kalau aku dapat kerja tetap, aku akan continue kerja tu. (kalau la. lagi2 sekarang susah nak dapat kerja sekarang ni.) ada masa baru aku sambung degree. Ataupun, sambung degree terus. After degree, aku nak ambik ACCA. "Aku tahu nanti mesti org cakap aku ni lembap sebab kenapa tak ambik course CAT-ACCA. Tu kan jalan pintas." Yes aku tahu tu. Dulu aku pernah nak ambik course tu tapi bila fikir balik aku taknak tanggung risiko. Satu paper tu kalau failed nak bayar tu tak tahu la nak cakap apa. Dah la mahal. Even aku tahu abah aku ada simpan duit untuk aku sambung belajar tapi aku fikir cukup tak duit tu untuk adik2 aku nanti. Lagi2 kalau aku failed byk kali mak aih nak bayar berapa. Aku taknak nanti turn diorg, waktu tu ekonomi dah xtahu nak cakap apa, semua pakai duit, peluang belajar pun  tak tahu la macam mana. (fikir panjang.) So, tu planning pertama.

ii) Planning kedua, aku terus ambik ACCA tapi paper lagi banyak la kalau tak ambik degree. Tapi insyaallah waktu ni aku dah boleh bawak dah. Aku pun rasa sekarang otak aku dah matang dah sikit (cewahh) hahaha. At least ada join badan profesional tu pun aku rasa dah lega untuk cari kerja(berharap ada rezeki lah. Insyaallah).
So, aku berharap aku dapat pilih mana yang terbaik dari dua planning ni. Fighting 

p/s : Thankyou kepada sape yang baca dan bagi pendapat. Apa2 pun doa yang baik2 ye untuk saya. Terima kasih :)


Seram

Image result for horror gif

Okay, malam ni aku nak cerita kisah seram dekat kolej aku. Kolej aku ni baru je bukak sebenarnya. Tapi tak ada lah baru sangat. Orang kat sini pun tak ramai. Rasanya xsampai 1000 lebih student. Tak macam uni. Aku baru habis sem 2. Tapi xsempat nak ambik tahu kisah2 seram kat sana waktu sem 1. Yela. Masing2 xrapat lagi dengan senior. Buat hal2 sendiri je. Biasalah kolej ke uni ke apa2 ke mesti ada kisah2 yang tak dijangka. Tapi biasalah yang bunuh diri, tapak jepun, makcik jual karipap, budak2 n macam2 lagi. Memang aku admit la, kolej aku di jauh dari bandar dan dikelilingi kelapa sawit. Scary la jugak kalau malam2. Asrama perempuan baru lagi. Xsilap aku baru 2 tahun. Tu pun bilik banyak lagi kosong. Lagi2 aras aku. Bilik aku aras paling atas. Aras 3. Bilik aku betul2 bawah tangki air. Dan barisan sederet bilik aku, cuma bilik aku je ada penghuni. Dekat 10 bilik jugak la sederet tu. Tak silap la ataupun lebih. Sebab aku jarang sangat lalu belah sana, tu tak sempat kira. Tapi depan bilik aku ada la orang, Tapi tulah, takut jugak malam2 nak tido even depan ada orang pun. Bilik aku ada 2 orang je penghuni. Sepatutnya 4 orang, Tapi tulah berdua je. Dulu aku tak takut tido dalam gelap. Tapi sekarang dah xboleh dah tido dalam gelap. Jadi macam2 terfikir. Best bilik berdua je sbb xbising waktu nak study. Tak ada masalah. Lagipun roommate aku tu satu kepala dengan aku lagi best. Cuma waktu nak tido lah jadi masalah sikit. Bunyi macam2 dekat atas. Waktu sem1 dulu aku pernah ternampak dalam bilik aku sendiri (waktu tu aku bangun solat subuh dan 2 kali aku nampak). Waktu tu bilik aku cukup penghuni 4 orang. Dan aku tahu sape punya benda tu. Dan sekarang pun dia dah pindah bilik. Ada masalah sikit sebab tu pindah. (post yang dulu aku ada cerita pasal 2 org ni). Dia angkut sekali yang dia punya ni. baguslah (hahaha). 

Waktu sem 1 tu, cerita dia macam ni, dalam bilik aku tu dulu, aku lah paling senang nak tido dan paling senang nak terjaga. Waktu first time aku nampak tu, aku bangun nak solat subuh. Lebih kurang 6.15 macam tulah. Waktu tu semua roommate aku period. So, aku keluar bilik n pergi ambik wuduk. Bilik aku dekat je dgn toilet. Sebelah je. hehe. Aku masuk bilik, aku bentang sejadah n aku on lampu dekat fon sbb nak on lampu utama tu kan terkejut habis roommate aku. Aku xsuka ganggu orang waktu diorg tido. So, mcm tulah pgi2. Aku baru je pakai telekung, aku ternampak satu lembaga hitam berdiri betul2 sebelah kaki kawan aku (katil dia sebelah katil aku). Waktu tu memang aku terkejut beruk. Aku solat cepat2 lepastu terus tido balik. Lepastu aku tak cerita dekat rommate aku sebab takut diorang takut. Dan aku takut tu imaginasi aku je. Yelah pagi2 lagi kan. Lepastu beberapa minggu lepastu, kejadian sama berlaku. Tapi benda tu bukan berdiri sebelah kawan aku dah, yg ni dia bergerak, dari hujung katil ke loker. Laju dan menakutkan. Lepastu aku cerita dekat rommate aku sbb ni bukan imaginasi aku dah sebab dua kali dah terjadi. Rupa2 nya rommate aku pun ada kena kacau. Diorang terdengar bunyi dekat atas. Pkul 4 pagi ada orang cuba bukak bilik aku tapi tak ada bayang bawah pintu. Bunyi ada org bercakap, bunyi ada orang main sepit rambut. Tapi masing2 senyap je sebab takut nak cerita. Tapi yang lembaga hitam tu aku tahu yang tu sape punya. Sekarang dia dah tak ada dekat bilik, jadi benda tu dah tak ada dah. Alhamdulillah. 

Tapi waktu sem 2 ni, aku tak nampak benda dah, cuma dengar. Biasalah kalau sorang2 dalam bilik, even berdua pun ada dengar, Bunyi orang berlari lah dekat atas, cakar2, bunyi guli jatuh, seret kerusi, n macam2 lah. Dah jadi rutin harian aku dah dengar bunyi kat atas tu. Kadang2 bunyi plastik terseret dalam bilik. Bila aku cari bunyi tu datang dari mana, tak jumpa. Rommate aku pun ada bunyi. Dan buat benda yang sama tapi tak jumpa. Tak tahu bunyi apa sebenarnya cuma bunyi tu macam plastik diseret. Bunyi ada benda jatuh dalam loker kosong. Bila bukak tak ada apa2. Tapi paling banyak dekat atas la. Sampai aku rasa mcm nak naik dekat atas nak tengok apa yang ada dekat ats tu. (geram sangat). Biasanya dia kacau waktu kitorg tengah study, waktu maghrib, pkul 12 malam. Tu waktu dia lah tu. Scary2 tapi tulah bila dah biasakan nak buat macam mana. Roommate aku pun pernah dengar bunyi orang mintak tolong. Suara lelaki. Sebabnya dia suka tido lewat malam. Bukan dia je yang dengar. Kawan depan bilik aku pun ada dengar bunyi orang mintak tolong. Tu lagi scary. Nasib baik aku tak pernah dengar. Aku tak tahu lah dekat kolej aku ni before dibina tu tapak apa. Tak pernah org cerita. Aku tanya kawan2 aku pun diorg tak tahu. Lecturer lagilah macam taknak cerita. Mungkin diorg pun malas nak fikir. Sebab ada dengar2 lecturer pun ada kena kacau. Tapi aku tak ambik tahu kisah selanjutnya. Dengar khabar je. Budak laki pun ada kena kacau. Member aku sendiri, waktu tu dia baru nak tido. Dalam pukul 3 pagi. Dia pi tandas nak basuh muka, tiba2 semua tandas paip air terbuka. Sebab cuak terus dia msuk bilik. (hahaha) Aku rasa budak laki lagi ramai kena kacau. Tapi diorg tak bersuara.

So tu jelah nak cerita. Terima kasih kepada yang baca dan saya minta maaf kalau tak seram. Duibuqi. 


I'm Back

Image result for park seo joon

I'm back . Yes, sem 2 aku tersangat busy. Macam2 event, assignment. Ya Allah stress sangat2. 4 bulan aku xada masa langsung nak jenguk blog sendiri. 4 bulan jugak tido xcukup makan xcukup rehat xcukup semua xcukup. Dengan assignment dapat group yang tak tahu la nak cakap apa. Dua otak je dari 5 otak yang bergabung buat semua tu. (stress) Cuti pun 2 minggu je. Tapi bersyukur sangat2 sebab ada la cuti walaupun sekejap. Naik sem 3 nnti mesti lagi busy. Makin lama makin busy. Tak apa, sebab ni semua untuk umi abah.

Cant wait for my result untuk sem 2 ni tapi dalam masa yang sama berdebar habis sbb rasa waktu jawab final haritu macam main2 dan xsempat study.  Tulah, diri sendiri asyik layan korea sebab stres sangat, tido la, lepak la, study pn last minute sebab xada study week punya pasal.(tu stres habis tapi puas hati la sebab dengan jayanya dapat habiskan semua paper dan dapat jawab semua tu. Walaupun tak yakin tapi at least cuba dan xtinggal sebab mana tahu ada kaitan soalan dan jawapan tu.  Apa2 pun, goodluck untuk diri sendiri. Harap2 dapat seimbang la dengan usaha tu. Aminnn. I'm working on myself, for myself, by myself. 

p/s : kepada adik2 yang tak dapat upu tu, jangan putus asa okay? rezeki ada dekat mana2. tak kisah la kita student matrik ke, diploma ke, form 6 ke apa2 lah. Jangan putus asa okay? doa banyak2. Fighting 


New Year

Image result for girl with schoolbag tumblr
So esok aku dah balik kolej (sepatutnya lusa tapi saja aku nak pergi awal. Lepas2 kemas boleh rehat), maka aku pun jadi la busy sepanjang masa. Masuk tahun baru azam baru semuanya baru. Tengok jadual pun tak ada la padat sangat. Petang pun ada waktu rehat tak macam Sem 1. Tapi tulah subjek Sem 2 lagi susah. Takut pun ada nak final nanti. Dah la cuti sem 2 minggu je hmm *crying.
Mungkin blog ni nanti aku dah jarang buka. Sebab dah busy kan. Hmmm. Seriously cepat sangat2 waktu berlalu. Rasa baru je semalam habis spm. Tapi tulah hakikatnya aku dah student uni dah sekarang. Masuk tahun baru ni biasalah macam2 azam aku dah plan awal2 tahun lepas lagi. Insyaallah akan aku jayakan.

My Goals :
Solat cukup 5 waktu
Rajin belajar
Dapat result yang ditarget untuk setiap final
Positive mindset
Berjimat cermat

Kepada semua pembaca, happy new year.