After Diploma

Image result for graduation tumblr

Yes. Aku rasa graduation ialah impian semua orang. Yela sape xnak merasa pakai jubah besar tu ngan kawan2 huhu. Same goes to me. Aku tak sabar nak bagi umi abah aku merasa tengok anak sulung dia naik pentas. *imaginedahhabisdiploma hahaha. Maklumlah anak sulung kan. So, post ni aku just nak share planning aku after diploma. Yes aku tahu diploma ni ramai org cakap better ambik matrik or asasi lepastu sambung degree. Tapi aku tak nak ambik risiko. Takut nanti tetiba otak aku dah padat jadi gila la lepas tu. So, aku mulakan hidup aku lepas spm dengan diploma. Diploma pun sape kata tak busy. Aku ni busy je memanjang. Sampai rehat pun xcukup. Lagi2 aku pelajar kolej. Bukan universiti. Lagi la. Tambah2 aku ada short sem nanti. Aku tak tahu la hidup aku nanti macam mana waktu short sem tu. *mengeluh. Tapi takpe. Demi umiabah dan belajar kerana Allah. (salah satu faktor aku kuat untuk study.) So, aku ada dua pilihan after diploma.

i) Cari kerja sambilan sementara tunggu tawaran untuk sambung degree. Dapat duit sikit pun jadilah at least ada pegalaman bekerja. Tapi kalau aku dapat kerja tetap, aku akan continue kerja tu. (kalau la. lagi2 sekarang susah nak dapat kerja sekarang ni.) ada masa baru aku sambung degree. Ataupun, sambung degree terus. After degree, aku nak ambik ACCA. "Aku tahu nanti mesti org cakap aku ni lembap sebab kenapa tak ambik course CAT-ACCA. Tu kan jalan pintas." Yes aku tahu tu. Dulu aku pernah nak ambik course tu tapi bila fikir balik aku taknak tanggung risiko. Satu paper tu kalau failed nak bayar tu tak tahu la nak cakap apa. Dah la mahal. Even aku tahu abah aku ada simpan duit untuk aku sambung belajar tapi aku fikir cukup tak duit tu untuk adik2 aku nanti. Lagi2 kalau aku failed byk kali mak aih nak bayar berapa. Aku taknak nanti turn diorg, waktu tu ekonomi dah xtahu nak cakap apa, semua pakai duit, peluang belajar pun  tak tahu la macam mana. (fikir panjang.) So, tu planning pertama.

ii) Planning kedua, aku terus ambik ACCA tapi paper lagi banyak la kalau tak ambik degree. Tapi insyaallah waktu ni aku dah boleh bawak dah. Aku pun rasa sekarang otak aku dah matang dah sikit (cewahh) hahaha. At least ada join badan profesional tu pun aku rasa dah lega untuk cari kerja(berharap ada rezeki lah. Insyaallah).
So, aku berharap aku dapat pilih mana yang terbaik dari dua planning ni. Fighting 

p/s : Thankyou kepada sape yang baca dan bagi pendapat. Apa2 pun doa yang baik2 ye untuk saya. Terima kasih :)


Seram

Image result for horror gif

Okay, malam ni aku nak cerita kisah seram dekat kolej aku. Kolej aku ni baru je bukak sebenarnya. Tapi tak ada lah baru sangat. Orang kat sini pun tak ramai. Rasanya xsampai 1000 lebih student. Tak macam uni. Aku baru habis sem 2. Tapi xsempat nak ambik tahu kisah2 seram kat sana waktu sem 1. Yela. Masing2 xrapat lagi dengan senior. Buat hal2 sendiri je. Biasalah kolej ke uni ke apa2 ke mesti ada kisah2 yang tak dijangka. Tapi biasalah yang bunuh diri, tapak jepun, makcik jual karipap, budak2 n macam2 lagi. Memang aku admit la, kolej aku di jauh dari bandar dan dikelilingi kelapa sawit. Scary la jugak kalau malam2. Asrama perempuan baru lagi. Xsilap aku baru 2 tahun. Tu pun bilik banyak lagi kosong. Lagi2 aras aku. Bilik aku aras paling atas. Aras 3. Bilik aku betul2 bawah tangki air. Dan barisan sederet bilik aku, cuma bilik aku je ada penghuni. Dekat 10 bilik jugak la sederet tu. Tak silap la ataupun lebih. Sebab aku jarang sangat lalu belah sana, tu tak sempat kira. Tapi depan bilik aku ada la orang, Tapi tulah, takut jugak malam2 nak tido even depan ada orang pun. Bilik aku ada 2 orang je penghuni. Sepatutnya 4 orang, Tapi tulah berdua je. Dulu aku tak takut tido dalam gelap. Tapi sekarang dah xboleh dah tido dalam gelap. Jadi macam2 terfikir. Best bilik berdua je sbb xbising waktu nak study. Tak ada masalah. Lagipun roommate aku tu satu kepala dengan aku lagi best. Cuma waktu nak tido lah jadi masalah sikit. Bunyi macam2 dekat atas. Waktu sem1 dulu aku pernah ternampak dalam bilik aku sendiri (waktu tu aku bangun solat subuh dan 2 kali aku nampak). Waktu tu bilik aku cukup penghuni 4 orang. Dan aku tahu sape punya benda tu. Dan sekarang pun dia dah pindah bilik. Ada masalah sikit sebab tu pindah. (post yang dulu aku ada cerita pasal 2 org ni). Dia angkut sekali yang dia punya ni. baguslah (hahaha). 

Waktu sem 1 tu, cerita dia macam ni, dalam bilik aku tu dulu, aku lah paling senang nak tido dan paling senang nak terjaga. Waktu first time aku nampak tu, aku bangun nak solat subuh. Lebih kurang 6.15 macam tulah. Waktu tu semua roommate aku period. So, aku keluar bilik n pergi ambik wuduk. Bilik aku dekat je dgn toilet. Sebelah je. hehe. Aku masuk bilik, aku bentang sejadah n aku on lampu dekat fon sbb nak on lampu utama tu kan terkejut habis roommate aku. Aku xsuka ganggu orang waktu diorg tido. So, mcm tulah pgi2. Aku baru je pakai telekung, aku ternampak satu lembaga hitam berdiri betul2 sebelah kaki kawan aku (katil dia sebelah katil aku). Waktu tu memang aku terkejut beruk. Aku solat cepat2 lepastu terus tido balik. Lepastu aku tak cerita dekat rommate aku sebab takut diorang takut. Dan aku takut tu imaginasi aku je. Yelah pagi2 lagi kan. Lepastu beberapa minggu lepastu, kejadian sama berlaku. Tapi benda tu bukan berdiri sebelah kawan aku dah, yg ni dia bergerak, dari hujung katil ke loker. Laju dan menakutkan. Lepastu aku cerita dekat rommate aku sbb ni bukan imaginasi aku dah sebab dua kali dah terjadi. Rupa2 nya rommate aku pun ada kena kacau. Diorang terdengar bunyi dekat atas. Pkul 4 pagi ada orang cuba bukak bilik aku tapi tak ada bayang bawah pintu. Bunyi ada org bercakap, bunyi ada orang main sepit rambut. Tapi masing2 senyap je sebab takut nak cerita. Tapi yang lembaga hitam tu aku tahu yang tu sape punya. Sekarang dia dah tak ada dekat bilik, jadi benda tu dah tak ada dah. Alhamdulillah. 

Tapi waktu sem 2 ni, aku tak nampak benda dah, cuma dengar. Biasalah kalau sorang2 dalam bilik, even berdua pun ada dengar, Bunyi orang berlari lah dekat atas, cakar2, bunyi guli jatuh, seret kerusi, n macam2 lah. Dah jadi rutin harian aku dah dengar bunyi kat atas tu. Kadang2 bunyi plastik terseret dalam bilik. Bila aku cari bunyi tu datang dari mana, tak jumpa. Rommate aku pun ada bunyi. Dan buat benda yang sama tapi tak jumpa. Tak tahu bunyi apa sebenarnya cuma bunyi tu macam plastik diseret. Bunyi ada benda jatuh dalam loker kosong. Bila bukak tak ada apa2. Tapi paling banyak dekat atas la. Sampai aku rasa mcm nak naik dekat atas nak tengok apa yang ada dekat ats tu. (geram sangat). Biasanya dia kacau waktu kitorg tengah study, waktu maghrib, pkul 12 malam. Tu waktu dia lah tu. Scary2 tapi tulah bila dah biasakan nak buat macam mana. Roommate aku pun pernah dengar bunyi orang mintak tolong. Suara lelaki. Sebabnya dia suka tido lewat malam. Bukan dia je yang dengar. Kawan depan bilik aku pun ada dengar bunyi orang mintak tolong. Tu lagi scary. Nasib baik aku tak pernah dengar. Aku tak tahu lah dekat kolej aku ni before dibina tu tapak apa. Tak pernah org cerita. Aku tanya kawan2 aku pun diorg tak tahu. Lecturer lagilah macam taknak cerita. Mungkin diorg pun malas nak fikir. Sebab ada dengar2 lecturer pun ada kena kacau. Tapi aku tak ambik tahu kisah selanjutnya. Dengar khabar je. Budak laki pun ada kena kacau. Member aku sendiri, waktu tu dia baru nak tido. Dalam pukul 3 pagi. Dia pi tandas nak basuh muka, tiba2 semua tandas paip air terbuka. Sebab cuak terus dia msuk bilik. (hahaha) Aku rasa budak laki lagi ramai kena kacau. Tapi diorg tak bersuara.

So tu jelah nak cerita. Terima kasih kepada yang baca dan saya minta maaf kalau tak seram. Duibuqi. 


I'm Back

Image result for park seo joon

I'm back . Yes, sem 2 aku tersangat busy. Macam2 event, assignment. Ya Allah stress sangat2. 4 bulan aku xada masa langsung nak jenguk blog sendiri. 4 bulan jugak tido xcukup makan xcukup rehat xcukup semua xcukup. Dengan assignment dapat group yang tak tahu la nak cakap apa. Dua otak je dari 5 otak yang bergabung buat semua tu. (stress) Cuti pun 2 minggu je. Tapi bersyukur sangat2 sebab ada la cuti walaupun sekejap. Naik sem 3 nnti mesti lagi busy. Makin lama makin busy. Tak apa, sebab ni semua untuk umi abah.

Cant wait for my result untuk sem 2 ni tapi dalam masa yang sama berdebar habis sbb rasa waktu jawab final haritu macam main2 dan xsempat study.  Tulah, diri sendiri asyik layan korea sebab stres sangat, tido la, lepak la, study pn last minute sebab xada study week punya pasal.(tu stres habis tapi puas hati la sebab dengan jayanya dapat habiskan semua paper dan dapat jawab semua tu. Walaupun tak yakin tapi at least cuba dan xtinggal sebab mana tahu ada kaitan soalan dan jawapan tu.  Apa2 pun, goodluck untuk diri sendiri. Harap2 dapat seimbang la dengan usaha tu. Aminnn. I'm working on myself, for myself, by myself. 

p/s : kepada adik2 yang tak dapat upu tu, jangan putus asa okay? rezeki ada dekat mana2. tak kisah la kita student matrik ke, diploma ke, form 6 ke apa2 lah. Jangan putus asa okay? doa banyak2. Fighting